Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Perbaiki sistem pembayaran

    Saya sangat kecewa dengan sistem pembayaran sebuah syarikat perkhidmatan komunikasi di negara ini.

    Sejak saya melanggan pelan bayaran secara bulanan, saya tidak pernah lupa untuk membayar bil bulanan.

    Setiap bulan saya selalu menyimpan setiap resit pembayaran.

    Malangnya disebabkan gangguan sistem atau kurangnya penyelenggaraan sistem, syarikat terbabit menyatakan bil saya tertunggak sehingga lebih $100.

    Padahal saya tidak pernah terlepas untuk membayarnya. Memandangkan perkara ini tidak dapat diselesaikan melalui panggilan hotline (kemungkinan penerima panggilan tidak faham) jadi saya memutuskan untuk menguruskannya di kaunter.

    Tetapi di kaunter perkhidmatan itu lain pula halnya. Petugas berpendapat saya terlebih bayar dan perlu diberi bayaran balik. Namun seorang lagi petugas pula berpendapat saya perlu membayar mengikut apa yang tercatat di dalam sistem.

    Perkara itu pernah saya dengar daripada orang ramai namun siapa sangka ia terjadi kepada diri saya sendiri.

    Oleh yang demikian, saya sarankan syarikat tersebut perbaikilah sistem agar ia tidak menyusahkan pelanggan, bak kata orang Brunei ‘jangantah lapar kan makan duit pelanggan sehingga mengenakan double charge’.

    Abang Joe

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Sistem tiket baharu feri Ro-Ro Labuan bantu kurangkan kesesakan

    LABUAN, 19 NOV - Terminal Feri Ro-Ro Labuan akan...

    Stesen minyak TAIB Cawangan Delima beroperasi semula

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV -...

    Hargai pelanggan melalui Supermarket Sweep

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Lima pelanggan bertuah...

    ‘Data pelanggan Qantas yang dicuri bocor dalam talian’

    SYDNEY, 12 OKT – Syarikat penerbangan Australia, Qantas, berkata...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...