Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Dalam sama-sama memperkasakan semangat kesukarelawanan di negara ini, Persatuan Belia Lambak (PERBEKAL) telah meneruskan beberapa aktiviti amal menerusi kegiatan mencuci telekung wakaf dan penyampaian sumbangan barangan keperluan bagi kepentingan jemaah Masjid Kampung Lambak, Jaan Pasir Berakas.
Penyampaian sumbangan berupa lebih 20 kotak minuman mineral, beberapa alat perkakas pembersihan masjid dan barangan keperluan memandikan jenazah, kelmarin, telah disempurnakan oleh Penasihat PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud dan Pemangku Ketua Kampung Lambak Kanan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi kepada ahli jawatankuasa takmir masjid mewakili imam masjid tersebut. Naib Yang Dipertua II
PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir, selaku pengerusi majlis ketika dihubungi Media Permata berkata bahawa usaha ber-kebajikan sedemikian adalah
hasrat persatuan dalam menyokong penuh kalendar tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mengembang luaskan lagi budaya beramal seterusnya menggalakkan sikap sukarela.
Aktiviti amal sebagai salah satu projek Kempen Hari Bertindak (DoA) sempena sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa tahun lalu itu merupakan kesinambungan kepada kegiatan yang sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu oleh ahli jawatankuasa PERBEKAL.
