Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Perbezaan agama isu sensitif, Rizky Febian tetap akan kahwin Mahalini

    Hubungan antara penyanyi Rizky Febian dan tunangnya iaitu Mahalini masih lagi menjadi bualan warganet gara-gara perbezaan agama dianuti.

    Memetik laporan Intip Seleb, Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 26, mengakui isu agama merupakan hal sensitif dan tidak perlu diperbahaskan secara terbuka.

    Kata Rizky, sejak awal menjalinkan hubungan cinta dengan Mahalini mereka sudah menyedari mengenai halangan terbesar itu, namun enggan memaksa tunangnya itu dalam membuat keputusan.

    “Saya sangat senang bersama Mahalini dan daripada awal kami memang sedar bahawa hubungan ini mempunyai benteng (halangan) terlalu tinggi.

    “Cuma saya bersyukur dengan keseriusan hubungan kami dan tidak memaksa pasangan untuk ikut saya (agama) kerana ia perkara yang sangat sensitif,” katanya.

    Dalam pada itu, Rizky dan Mahalini sepakat menghormati keputusan masing-masing berkenaan soal agama, namun mereka tetap akan meneruskan persiapan perkahwinan.

    Malah Rizky turut bersyukur kerana keluarga kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang bantahan dan hanya menerima keputusan yang akan dibuat.

    “Ya kita fokus sahaja dengan urusan pernikahan kerana saya yakin Tuhan tidak pernah keliru untuk memberikan anugerah kepada hambaNya. Saya pasti semua ini pasti ada hikmahnya.

    “Saya juga senang kerana keluarga kami berfikiran terbuka dalam soal ini. Ibu bapa kami hanya memilih untuk kebahagiaan anak-anak mereka,” ujarnya.

    Untuk rekod, Rizky dan Mahalini dikatakan mula bercinta pada 7 Februari 2022 dan mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

    Pun begitu, masing-masing mengunci mulut mengenai perkahwinan. – Agensi

    Rizky bersyukur hubungan dia dan Mahalini tidak mendapat tentangan keluarga. – Mstar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...