Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pergerakan keluar Sarawak tidak perlu kebenaran polis

    KUCHING, 2 OGOS – Pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan tidak memerlukan kebenaran pihak polis, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan JPBN itu, kawalan pergerakan  hanya melibatkan pergerakan antara Zon Satu (zon kuning/merah COVID-19) dan Zon Dua (zon hijau COVID-19) sahaja.

    “Kawalan pergerakan di negeri Sarawak dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon Satu meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian. Manakala Zon Dua meliputi Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

    JPBN menyatakan mana-mana pergerakan dari Zon Satu ke Zon Dua dan sebaliknya, hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada balai polis yang berdekatan sebelum memulakan pergerakan. Sarawak hari ini tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal sebanyak 678. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda