Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perikatan etnik lancar serangan ke atas tentera

    YANGON, 27 OKT – Perikatan kumpulan pemberontak etnik Myanmar melancarkan serangan ke atas tentera di seluruh utara Myanmar hari ini yang menimbulkan cabaran baharu kepada junta ketika ia bergelut untuk mematahkan penentangan terhadap pemerintahannya.

    Rampasan kuasa tentera 2021 mencetuskan pertempuran baharu dengan kumpulan pemberontak etnik yang kuat di bahagian negeri utara Shan.

    Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA), Tentera Arakan (AA) dan Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) melancarkan “operasi ketenteraan”, kata mereka dalam satu kenyataan.

    Saluran Telegram pro-tentera berkata, pemberontak menyerang 12 bandar atau penempatan di seluruh negeri Shan.

    Tiga kumpulan pemberontak itu yang menurut penganalisis, boleh membawa sekurang-kurangnya 15,000 pejuang di antara mereka yang tidak segera memberikan butiran lanjut mengenai angka korban atau sama ada mereka telah menawan wilayah.

    Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), Mejar Jeneral Peng Deqi (tengah) ketika mengarahkan operasi terhadap tentera pemerintah Myanmar di wilayah Shan, Myanmar. – AFP

    MNDAA berkata pejuangnya telah menutup jalan dari hab perdagangan Lashio ke Chinshwehaw dan Muse di sempadan China sebelum serangan besar berkenaan.

    “Semua kedai ditutup dan tiada siapa yang keluar,” kata seorang penduduk perbandaran Hopang, kira-kira 10 kilometer dari Chinshwehaw kepada AFP.

    “Kami boleh mendengar bunyi pesawat dan tembakan berterusan,” kata mereka yang meminta namanya dirahsiakan atas sebab keselamatan.

    Seorang penduduk Muse turut memberitahu AFP bahawa penduduk tempatan tinggal di dalam rumah ketika askar berkawal di jalan raya dan jalan dari bandar ke bandar kedua Mandalay yang menjadi laluan perdagangan utama juga telah ditutup.

    Sementara itu, seorang pekerja penyelamat di Lashio yang tidak mahu namanya disiarkan atas sebab keselamatan memberitahu AFP bahawa pemberontak telah mula membedil pangkalan tentera berhampiran bandar itu dari pukul 4 pagi dan tentera telah bertindak balas dengan tembakan.

    Manakala semua penerbangan menuju dan keluar dari lapangan terbang Lashio telah dibatalkan pada hari ini kerana situasi berkenaan menurut agensi tiket penerbangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...