LOS ANGELES, 23 FEB – Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.
Ribut berserta salji dan hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar kawasan utara Amerika Syarikat minggu ini, Xinhua memetik laporan CBS News semalam.
Rakyat Amerika Syarikat diminta bersiap sedia untuk menghadapi salji, hujan batu, angin kencang dan kemungkinan banjir kilat.
Cuaca ekstrem dijangka mengganggu perjalanan dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan wilayah.
Lebih 1,400 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu di AS telah dibatalkan, kebanyakannya membabitkan Minneapolis, Denver dan Detroit, menurut laman sesawang penjejakan FlightAware.
Jalan raya juga sukar dilalui, dengan Wyoping mengalami kesukaran dengan jarak penglihatan disebabkan hujan.
“Jika kamu mesti mengadakan perjalanan, bawa lampu suluh tambahan, makanan dan air dalam kenderaan sekiranya berlaku kecemasan.
“Perjalanan harus dikhaskan untuk kecemasan sahaja.
“Jika terkandas, tinggal bersama kenderaan,” menurut amaran yang dikeluarkan. – Bernama/AFP