Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Periuk api jejas pertanian Ukraine

    KYIV, 23 FEB – Pengeluaran hasil pertanian Ukraine dijangka berkurangan tahun ini akibat banyak tanah ladangnya dicemari periuk api, kata Timbalan Perdana Menteri Pertama yang juga Menteri Ekonomi Ukraine, Yulia Svyrydenko.

    Beliau berkata lebih 2.6 juta hektar tanah pertanian Ukraine terjejas akibat periuk api, lapor Xinhua.

    “Program pembersihan periuk api mungkin mengambil masa bertahun-tahun, tetapi kita perlu memulakannya sekarang,” kata Svyrydenko.

    Ukraine mempunyai kira-kira 42.8 juta hektar tanah ladang berkualiti tinggi yang sesuai untuk penanaman bijirin dan menternak binatang ternakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...