Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perjanjian kawal penggunaan AI yang bertanggungjawab

    STRASBOURG, 19 MEI – Organisasi hak asasi terkemuka Eropah baru-baru ini telah menerima pakai perjanjian antarabangsa pertama yang mengikat secara sah yang mengawal penggunaan kecerdasan buatan (AI).

    Pakar telah menyeru kerajaan dan organisasi antarabangsa untuk mengurangkan risiko daripada teknologi AI, yang dijangka akan mengubah hampir setiap aspek kehidupan manusia dalam beberapa tahun akan datang.

    “Perjanjian ini, yang juga terbuka kepada negara-negara bukan Eropah, menetapkan rangka kerja undang-undang yang meliputi keseluruhan kitaran hayat sistem AI dan menangani risiko yang mungkin ditimbulkannya, sambil mempromosikan inovasi yang bertanggungjawab,” kata Majlis Eropah dalam satu kenyataan.

    Teks itu diterima pakai pada mesyuarat tahunan menteri Majlis Eropah, yang menghimpunkan menteri luar dari 46 negara anggota.

    “Konvensyen Rangka Kerja mengenai Kecerdasan Buatan ialah perjanjian global pertama seumpamanya yang akan memastikan bahawa Kecerdasan Buatan mematuhi hak-hak orang ramai,” kata Setiausaha Agung Majlis Eropah, Marija Pejcinovic dalam satu kenyataan.

    “Dengan perjanjian baharu ini, kami menyasarkan untuk memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab yang menghormati hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.” – AFP

    Pejcinovic bergambar bersama Menteri Hal Ehwal Luar Jerman, Annalena Baerbock dan Presiden Jawatankuasa Menteri-menteri Majlis Eropah, Dominique Hasler menjelang sesi ke-133 Jawatankuasa Menteri di Majlis Eropah di Strasbourg, timur Perancis, pada 17 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...