Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Peruntukan RM1.5 bilion bangun kawasan luar bandar Sarawak

    SARIKEI, 19 MEI – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memperuntukkan RM1.5 bilion sebagai rancangan boleh pinda dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak.

    Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dana yang sangat signifikan itu adalah untuk memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

    “Sebagai menteri yang bertanggungjawab, sudah pasti saya akan terus memainkan peranan di dalam pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak ini untuk membantu Kerajaan negeri bagi memastikan terutamanya infrastruktur di kawasan luar bandar dapat dipertimbangkan,” katanya.

    Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika majlis sambutan Pra Gawai Sarikei 2024 di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...