Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Perjanjian petrokimia tanda komitmen dengan China’

    RIYADH, 27 MAC – Saudi Aramco hari ini mendedahkan rancangan untuk memperoleh 10 peratus saham dalam firma petrokimia China, perjanjian yang syarikat gergasi tenaga Teluk itu katakan adalah bukti ‘komitmen jangka panjangnya kepada China’.

    Perjanjian dengan Rongsheng Petrochemical muncul ketika Arab Saudi – pengeksport minyak mentah terbesar dunia – meningkatkan hubungan politik dengan pengimport utama China termasuk perdamaian dengan Iran yang dibroker oleh Beijing baru-baru ini.

    Aramco dalam kenyataannya menyatakan perjanjian itu menetapkan bekalan 480,000 tong sehari minyak mentah Arab ‘di bawah perjanjian jualan jangka panjang’ dengan Rongsheng.

    “Pengumuman itu menunjukkan komitmen jangka panjang Aramco kepada China dan kepercayaan terhadap asas sektor petrokimia China,” kata naib presiden Aramco, Mohammed Al Qahtani.

    “Ia merupakan pemerolehan penting untuk Aramco dalam pasaran utama, menyokong cita-cita pertumbuhan kami dan memajukan strategi cecair kami kepada bahan kimia. Ia juga berjanji untuk mendapatkan bekalan minyak mentah penting yang boleh dipercayai kepada salah satu penapis paling penting di China.”

    Berita mengenai perjanjian Rongsheng muncul sehari selepas Aramco mengumumkan ia akan bekerjasama dengan dua syarikat China lain untuk membina loji penapisan dan petrokimia di bandar Panjin di timur laut China.

    Kemudahan itu ‘dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2026’, kata Aramco dalam satu kenyataan.

    Bercakap kelmarin semasa Forum Pembangunan China di Beijing, Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser berkata firma itu, sumber pendapatan utama bagi kerajaan berkenaan, telah ‘menggandakan bekalan tenaga China’. – AFP

    Gambar fail 28 Jun 2021 menunjukkan jurutera Saudi Aramco mengiringi wartawan ke Loji Gas Cecair Asli Hawiyah, Arab Saudi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda