Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perjumpaan semula erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seramai 70 orang ahli keluarga telah menghadiri Majlis Perhimpunan Pertama Warisan Satu Rumpun Keluarga dari Kampung Kiarong dan Kampung Mata-Mata di salah sebuah restoran di Kiulap, baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Penyelaras Warisan Kiarong dan Mata-Mata (WKM), Haji Nudin bin Haji Mohammad.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah khusus bagi ahli keluarga WKM yang kembali ke rahmatullah dan diikuti dengan jamuan.

    Dalam majlis tersebut ahli keluarga yang berumur 80 tahun ke atas turut menerima sumbangan khas daripada ahli WKM.

    Perhimpunan berkenaan adalah yang julung kalinya bagi keluarga Awang Aman bin Sabtu dan Dayang Biah binti Sabtu, dengan acara susulan akan dirancang bersama dan diungkayahkan pada masa akan datang sebagai usaha merapatkan lagi jalinan silaturahim yang sedia ada.

    ATAS & BAWAH : Gambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...