Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perkasa wanita dalam pelbagai bidang

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Delegasi lapan orang ahli Institut Wanita (WI) Brunei Darussalam telah menghadiri Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) Kawasan Asia Tengara dan Timur Jauh ke-13 yang berlangsung di Kuching, Sarawak, Malaysia pada 4 hingga 7 Julai lalu.

    Mengetuai delegasi berkenaan ialah Pemangku Yang Di-Pertua WI Brunei, Hajah Shamsiah binti Abdul Latif.

    Sepanjang tiga hari persidangan berkenaan, seramai 202 orang dari Brunei Darussalam, Malaysia, Kemboja, Filipina, Korea Selatan dan Malaysia terlibat dalam pembangunan rangkaian dan bekerjasama dengan wanita-wanita untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan.

    Persidangan yang dihoskan oleh Persekutuan Institut Wanita Sarawak (SWFI) itu membawa tema ‘Kepelbagaian kekuatan kita’ dan telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menekankan mengenai kepentingan pemerkasaan wanita untuk memainkan peranan bermakna dalam kerajaan.

    Dengan perkongsian menerusi sesi pleno dan lawatan pendidikan, persidangan itu juga mengetengahkan kepentingan wanita tanpa mengira asal usul atau negara mereka, bagi saling membantu dalam bidang pendidikan, persekitaran, teknologi, kemajuan masyarakat dan jawatan kepimpinan.

    Sebagai salah seorang ahli delegasi berkenaan, Pemangku Setiausaha Kehormat II WI Brunei, Hajah Salenawati binti Haji Mohd Saji menjelaskan bagaimana perhimpunan itu merupakan peluang bagi mereka mendapatkan pengetahuan daripada penceramah-penceramah terkemuka yang merupakan profesional dalam bidang masing-masing.

    Di samping itu, beliau juga diberi peluang berkongsi beberapa projek dan aktiviti yang dianjurkan oleh WI Brunei yang bertujuan untuk memperkasa wanita dalam pelbagai bidang. WI Brunei menyatakan bahawa Persidangan ACWW Dunia dijadualkan diadakan pada tahun hadapan di Kuala Lumpur.

    Kontinjen Brunei bergambar semasa persidangan ACWW yang diadakan di Kuching baru-baru ini. – Gambar serahan WI Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...