Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkenalkan budaya Korea di LCB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Untuk memperkenalkan Kelab CCA Korea yang baru ditubuhkan di Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), pelajar-pelajar Korea di kolej berkenaan dengan kerjasama Majlis Pelajar LCB telah mengadakan Acara Pengalaman Budaya Tradisional Korea bagi melancarkan kelab berkenaan.

    Menurut LCB itu, para pelajar berkenaan berkongsi budaya, permainan dan tradisi Korea sambil menjemput semua orang ramai melawat LCB. 

    Objektif lain acara tersebut adalah untuk mempamerkan dan berkongsi kepelbagaian yang wujud dalam LCB, di ma-na semua budaya diraikan di kolej tersebut.

    Ahli Kelab CCA Korea LCB yang pertama itu menyediakan pelbagai permainan tradisional Korea dan pengalaman kebudayaan dengan bantuan ahli majlis pelajar.

    Penolong Pemasaran Antarabangsa LCB dan Penasihat Kelab CCA Korea, Gloria Lee Ayoung memulakan majlis pelancaran dengan kata alu-aluan, diikuti ucapan oleh Presiden Kelab CCA Korea, Jin Hayun.

    Ketua Pegawai Operasi merangkap Timbalan Pengetua LCB, Sivarajah Subramaniam telah merasmikan majlis tersebut dengan memotong reben sebelum membawa para tetamu yang hadir ke sekitar kolej untuk memperkenalkan mereka kepada semua permainan yang diadakan.

    Tetamu telah dijemput ke The Culinary School selepas lawatan di mana pelajar kulinari menyediakan tiga hidangan Korea iaitu Pancake Kimchi, minuman Shikhae, Sup Rumpai Laut, Japchae, Bibimbap, Mochi dan pencuci mulut Dalgona.

    Sementara itu, pada sebelah petang, Sivarajah Subramaniam membuat undian bagi memilih tiga pemenang bertuah di mana para pengunjung yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah berupa telefon bimbit Galaxy A13, Samsung Buds Live dan Amazfit Bip 3 Pro.

    Di samping itu pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan bagi para pengunjung yang mengambil bahagian dalam permainan-permainan yang dianjurkan semasa acara tersebut yang ditaja oleh Pengda Sdn Bhd.

    Pengunjung berpeluang mencuba makanan Korea yang disediakan oleh pelajar.
    Tetamu mencuba permainan-permainan yang disediakan semasa acara itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda