Sunday, February 2, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkenan pelantikan pegawai-pegawai kanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bahawa menurut Bab 13 dan 14 Perintah BDCB, 2010, dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Timbalan Pengarah Urusan (Pengawalseliaan dan Penyeliaan), BDCD, Hajah Rashidah binti Haji Sabtu, untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah BDCB dan seterusnya menjawat jawatan Pengarah Urusan BDCB.

    Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi Monetari, Perkembangan dan Antarabangsa), BDCB, Hajah Noorrafidah binti Sulaiman, ditukar portfolionya bagi mengambil alih jawatan Timbalan Pengarah Urusan (Pengawalseliaan dan Penyeliaan), BDCB.

    Manakala Penolong Pengarah Urusan (Operasi Monetari), BDCB, Awang Mardini bin Haji Eddie, dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan (Operasi Monetari, Perkembangan dan Antarabangsa), BDCB.

    Tarikh pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 21 Disember 2024.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda