Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkongsian basikal: Cara pengangkutan terbaru di Phuket

    PHUKET, Thailand – Sejak syarikat perkongsian basikal China ofo melancarkan perkhidmatannya di pulau peranginan Thailand, Phuket, basikal pintar telah menjadi pengangkutan alternatif dan cara senaman terbaru bagi penduduk tempatan dan juga pelancong.

    Di sebuah jalan sempit antara kawasan beranda yang berwarna-warni di Old Town, Phuket, kelihatan pelajar-pelajar Thailand menunggang basikal berwarna kuning itu, di sampimng kereta-kereta dan motosikal berada di sisi mereka pada pukul kira-kira 5 petang waktu tempatan, apabila sinaran terik matahari di negara itu mulai reda.

    Sekumpulan empat pelancong China juga terlihat menggunakan basikal ofo itu di sana dan menggunakan aplikasi mereka untuk membuka kunci basikal tersebut dan menunggangnya. “Ianya sangat mudah untuk mencari basikal pintar di sini,” kata salah seorang daripada mereka.

    Syarikat perkongsian basikal China, ofo, telah melancarkan perkhidmatan perkongsian basikalnya di Phuket pada 20 September lalu dengan menyediakan 1,000 basikal berkunci pintar. Dari 1 Oktober, pengguna di Phuket boleh menikmati percubaan perkhidmatan tersebut secara percuma selama sebulan tanpa bayaran deposit.

    Tong, seorang pelajar Thailand yang menikmati tunggangan basikal tersebut, berjaya membuka kunci basikal ofo itu dengan sempurna dengan bantuan daripada kakitangan syarikat berkenaan.

    Seorang lelaki menunggang basikal ofo di salah sebuah lorong basikal di taman awam di Phuket, Thailand. – Xinhua
    Penduduk tempatan menunggang basikal ofo di Phuket. – Xinhua
    Warga melintasi basikal ofo di salah sebuah taman awam di Phuket. – Xinhua

    “Saya menyukainya, tidak ramai yang tahu mengenai perkongsian basikal ini, tetapi sekarang kami dapat menggunakannya dengan mudah dan selesa. Jadi saya berpendapat bahawa pihak kerajaan akan dapat membuat lorong basikal tidak lama lagi dan basikal-basikal ini akan menjadi sangat popular,” kata Tong.

    Syarikat perkongsian basikal China berkata ia hanya meletakkan kira-kira 500 basikal di sini kerana jalan di Old Town adalah sempit, tanpa adanya lorong basikal. Seramai 12 pemilik kedai di Old Town bersetuju untuk menerima basikal ofo untuk ditempatkan di hadapan kedai mereka, tambah ofo. Pemilik kedai Don Limnunthaphisit, juga presiden Komuniti Bandar Old Phuket, adalah salah seorang daripada mereka.

    “Jalan-jalan adalah sangat sempit di sini, jadi jika semakin ramai yang memandu, ia akan mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas dan pemandu-pemandu susah untuk mendapatkan tempat letak kereta mereka, jadi saya merasa basikal adalah lebih sesuai di Old Town ini, jadi saya sangat menyokongnya,” kata Don.

    Dia juga berkata penduduk setempat perlu mengubah minda mereka dan memilih basikal pintar untuk melakukan perjalanan, terutamanya ketika melakukan perjalanan jarak dekat, yang merupakan kelebihan bagi penunggang kerana “dapat melakukan senaman pada waktu yang sama dan ia adalah cara perjalanan yang sangat mesra alam.”

    Selain perjalanan, penduduk tempatan dan pelancong asing juga menggunakan basikal pintar ini untuk bersenam di taman peranginan tempatan. Di dalam Phuket’s Suan Luang Park, ramai daripada pengunjungnya menggunakan basikal ofo samaada pada waktu pagi mahupun waktu senja.

    Seorang pelancong kelihatan membuka kunci salah sebuah basikal perkongsian ofo di salah sebuah kawasan komersil di Phuket, Thailand. – Xinhua

    Igor, seorang pemuda daripada Rusia yang tinggal di Phuket, menunggang basikalnya ke taman itu dengan menunggang basikal untuk senaman. Thanakorn, seorang penduduk tempatan berusia 40 tahun, malah memandu keretanya ke siji untuk menunggang basikal tersebut.

    Apabila ditanya sama ada mereka mahu menunggang basikal di luar taman itu, mereka mempunyai idea yang berbeza. Igor berpendapat bahawa alangkah baiknya basikal tersebut ditempatkan di sekitar Old Town, bukan semata-mata di taman ini sahaja. “Ia adalah cara terbaik untuk menerokai Old Town,” kata lelaki muda itu.

    Bagaimanapun, Thanakorn berkata infrastruktur perlu diperbaiki untuk menjadikannya lebih selamat untuk menunggang basikal di jalan-jalan sempit tersebut. Seorang lagi warga Thailand, Robin yang berusia 50 tahun, datang ke taman ini setiap hari untuk berbasikal.

    “Kami warga Phuket tidak mempunyai banyak cara untuk bersenam dan basikal pintar ini sangat sempurna. Saya mencadangkan agar orang ramai menunggangnya untuk mengurangkan masalah obesiti di wilayah kami,” kata Robin.

    Apabila suasana teman menjadi gelap, lampu di hadapan di kebanyakan basikal-basikal ofo akan bersinar terang di taman itu. Ahli kakitangan Ofo, Pisanu Supho, percaya basikal ini akan menjadikan negara tersebut agar lebih baik lagi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda