Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perlawanan beyblade sempena Hari Kebangsaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Awang Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan Jakusha Bladers muncul juara dan naib juara dalam perlawanan beyblade, Battle of Absorb Driver, sempena menjelangnya Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 Tahun yang diadakan di Teratak DBos Beys, Kampung Mengkubau, Mentiri, hari ini.

    Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Awang Sharizmi Hanis bin Haji Sharbini daripada Pasukan Jakusha Bladers; dan Awang Mohd Azrul Redzuan bin Mohd Tuah daripada Pasukan Ghostbeys pula berada di tempat keempat.

    Manakala hadiah saguhati bagi 8 Teratas pula diberikan kepada Awang Masunny, Awang dan Amiruddin, dan Awang Aqmal.

    Dalam pada itu, satu lagi perlawanan beyblade, Battle of Right Spin, turut diadakan di Kampung Lambak, baru-baru ini, dengan menyaksikan salah seorang ahli Pasukan Santai Aja Bladers, Awang Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin diangkat sebagai pemenang.

    Manakala Awang Haris Abdullah daripada Pasukan Jaksuha Bladers pula menerima hadiah di tempat kedua, diikuti oleh pemenang tempat ketiga dan keempat yang dimenangi oleh Awang Amiruddin bin Haji Abdi Manaf.

    Pasukan Santai Aja Bladers mengungguli tangga teratas dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam pada masa ini dengan memperolehi 118 mata; diikuti rapat oleh Pasukan Underground Beys dengan 116 mata; dan Pasukan Jakusha Bladers dengan 94 mata.

    Liga tersebut melibatkan sebanyak enam pasukan iaitu Jakusha Bladers, Underground Beys, Ghostbeys, Santai Aja Bladers, Beyblade Community Brunei dan Hageishi Bladers.

    Dengan adanya aktiviti-aktiviti sedemikian, ia juga bertujuan bagi memupuk lagi semangat setia kawan sekali gus untuk memperkembangkan permainan tersebut di negara ini.

    Awang Aediesopian bergambar bersama hadiah yang dimenanginya. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...