Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 7 OGOS – Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke-77, pasukan futsal dari seluruh Daerah Belait telah berkumpul di Kompleks Sukan Mumong semalam untuk bertanding dalam kejohanan futsal yang dianjurkan.
Antara pasukan yang bertanding ialah Remix FT, Sayur-Sayuran FC, Ex Perdana dan Belingkarong FC dalam kategori terbuka, manakala Tim Mangalela, KB Warriors dan KB
Series FT bertanding dalam kategori Veteran.
Selain pertandingan sesama pasukan tersebut, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad selaku tetamu kehormat juga mengambil bahagian dalam perlawanan futsal yang menyeronokkan bersama ahli jawatankuasa kejohanan.
Perlawanan futsal tersebut berakhir dengan pasukan Pemangku Pegawai Daerah Belait menang setelah mendahului satu mata dalam beberapa siri sepakan percuma apabila perlawanan berakhir seri 0-0.
Perlawanan akhir bagi kategori veteran juga dimainkan sejurus selepas perlawanan futsal yang menyaksikan KB Series FT mendahului ketika menentang KB Warriors, apabila perlawanan berakhir dengan 3-0 berpihak kepada KB Series FT.
Sementara itu, Belikarong FC menduduki tempat pertama dalam kategori terbuka, diikuti oleh Sayur-Sayuran FC di tempat kedua; dengan pasukan selebihnya menerima hadiah sagu hati.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait kepada pemenang selepas perlawanan.
Di samping itu, anugerah khas permainan adil turut diserahkan kepada Remix FT serta beberapa anugerah pemain terbaik disampaikan kepada ahli pasukan terpilih daripada kedua-dua kategori.
