Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perlawanan persahabatan Veteran BSRC- YFC erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 30 JAN – Pasukan Bola Sepak Veteran Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) Daerah Belait dan Youngster Veteran FC (YFC), telah mengadakan perlawanan persahabatan di Padang Bola BSRC, 28 Januari lalu.

    Perlawanan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua buah pasukan.

    Di samping itu, ia juga adalah sebagai persediaan untuk kejohanan bola sepak yang akan datang untuk pemain veteran berusia 55 tahun ke atas, yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia, pada Mac 2024.

    Sejak ditubuhkan pada tahun 1980an, kedua-dua buah pasukan tersebut telah aktif mengambil bahagian bersaing dalam kejohanan di dalam dan luar negara.

    Sebelum perlawanan dimulakan, bekas kapten pasukan bola sepak Veteran BSRC, Haji Idris bin Haji Jaafar, telah menyampaikan ucapan penuh bersemangat mengalu-alukan YFC ke perlawanan tersebut.

    Selain itu, beliau bersama pengasas YFC, Dr Haji Kamaruddin bin Dato Seri Paduka Haji Talib, turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada kedua-dua buah pasukan kepada beberapa orang pemain YFC yang sebelum ini ditimpa musibah kebakaran rumah.

    Kedua-dua buah pasukan berharap perlawanan persahabatan yang diadakan di peringkat veteran itu dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada pemain untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut walaupun usia mereka sudah meningkat lanjut.

    Gambar menunjukkan perlawanan persahabatan di antara kedua-dua buah pasukan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BSRC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...