Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pengantara desak gencatan senjata baharu

    SEMENANJUNG GAZA, 30 JAN – Pertempuran dan pengeboman menggegarkan Gaza hari ini ketika pengantara antarabangsa mendesak gencatan senjata baharu dan perjanjian pembebasan tebusan dalam perang Israel-Hamas.

    Serangan sengit Israel dan pertempuran bandar di seluruh Semenanjung Gaza yang dikepung membunuh 128 orang lagi semalaman, kata Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendalikan Hamas.

    Pertempuran tertumpu di bandar selatan Khan Younis – kampung halaman pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, yang didakwa sebagai dalang serangan 7 Oktober – di mana kawasan yang luas telah berubah menjadi tanah terbiar berlumpur dengan bangunan-bangunan yang dibom.

    Tentera yang bertempur di blok bandar dan terowong telah menyerbu beberapa tapak tentera, pejabat Sinwar dan ‘kemudahan pembuatan roket yang penting’, kata tentera Israel.

    Jurucakap tentera, Daniel Hagari mendakwa tentera di bandar itu telah ‘menghapuskan lebih 2,000 pengganas di atas dan di bawah tanah’.

    Tentera Israel yang menyamar di Tebing Barat yang diduduki sementara itu membunuh tiga orang yang didakwa sebagai ‘sel pengganas’ Hamas dalam serbuan di sebuah hospital.

    Pengintip berkenaan – ada yang berpakaian seperti kakitangan perubatan sambil membawa kerusi roda dan pembawa anak damit sebagai alatan – menembak mati tiga lelaki di Hospital Ibn Sina di bandar utara Jenin, menurut pegawai dan rakaman CCTV hospital yang dikeluarkan oleh kementerian.

    Agensi berita rasmi Palestin, Wafa menamakan tiga lelaki tersebut sebagai Muhammad Jalamnah, Muhammad Ayman Ghazawi dan Basel Ayman Ghazawi. – AFP

    Penduduk Palestin berarak dengan jenazah yang dibalut dengan bendera kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam Palestin, yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin, Tebing Barat, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...