Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permintaan minyak sawit Malaysia kukuh

     

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Sektor minyak sawit Malaysia terus diperkukuh oleh permintaan tinggi daripada rakan kongsi eksport utama, kata seorang pegawai Malaysia kelmarin.

    “Tahun ini, kami menjangka permintaan kukuh untuk minyak sawit daripada destinasi eksport utama kami seperti India, China dan Kesatuan Eropah,” kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani dalam ucaptama pada Persidangan dan Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-35.

    Permintaan itu disokong lagi oleh minat untuk menambah stok bagi memastikan keselamatan makanan dan daya maju keseluruhan aktiviti perniagaan, tambahnya.

    Johari berkata untuk merealisasikan anggaran positif bagi komoditi itu pada 2024, adalah penting untuk bertindak pantas dan menangani cabaran utama dalam industri termasuk menguruskan persepsi negatif terhadap minyak sawit, kehilangan peluang yang besar akibat pekebun kecil yang tidak cekap, perubahan iklim (El Nino) dan isu buruh.

    Acara tersebut menyediakan peluang rangkaian dalam kalangan pesertanya dan forum untuk membincangkan topik mengenai bekalan dan permintaan minyak makan utama, isu-isu mendesak, arah aliran pasaran dan peluang perdagangan. – Xinhua

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda