Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permintaan Najib hadiri Dewan Rakyat ditolak

    KUALA LUMPUR, 3 OKT – Jabatan Penjara menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat, bermula hari ini.

    Peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita hari ini bahawa jabatan tersebut menolak permintaan itu atas alasan keselamatan.

    ”Kami telah menulis kepada Ketua Pengarah Penjara pada 19 Sept lalu dan mereka menjawab mereka tidak membenarkan atas keselamatan.

    “Saya dapati ia agak tidak betul, sudah pastinya Parlimen lebih selamat daripada mahkamah…kerana kami telah menerima keputusan dan telah menulis rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya selepas prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh Najib di Mahkamah Tinggi di sini.

    Beliau berkata mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Jabatan Penjara jika mereka tidak menerima jawapan daripada Hamzah dan kementeriannya pada tengah hari esok atau sekiranya rayuan mereka ditolak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda