Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan tambang haji dibukakan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara yang berhasrat untuk mendapatkan borang permohonan Pengurniaan Tambang Menunaikan Fardu Haji Bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi kini telah mula dibukakan.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan melalui kenyataan media bahawa borang permohonan boleh diambil pada hari-hari bekerja iaitu pada sebelah pagi dari jam 8:30 hingga 11:30 pagi dan sebelah petang dari jam 2 hingga 3:30 petang di Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, KHEU, Jalan Dewan Majlis; dan di Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

    Borang permohonan tersebut juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Urusan Haji www.juh.gov.bn

    Pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah menghadapkan borang permohonan berkenaan kepada Jabatan Urusan Haji, KHEU melalui ketua jabatan masing-masing. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Urusan Haji tidak lewat pada Sabtu, 7 Jamadilawal 1446 bersamaan 9 November 2024.

    Bagi sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Unit Kurnia Tambang, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji pada waktu bekerja di talian 2382525 samb. 283.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda