Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Permulaan pahit GP Las Vegas

    LAS VEGAS, 17 NOV – Grand Prix (GP) Las Vegas mengalami permulaan yang memalukan apabila sesi latihan pertama di litar baharu itu dibatalkan selepas hanya sembilan minit perlumbaan kelmarin disebabkan penutup longkang yang terlepas.

    Pemandu Ferrari, Carlos Sainz, telah menghentikan kenderaannya selepas melanggar penutup tersebut, menyebabkan bendera merah dikibarkan dan kerosakan di bahagian hadapan kenderaannya.

    Selepas beberapa kelewatan, penganjur mengumumkan bahawa sesi tersebut tidak akan disambung semula.

    “Susulan pemeriksaan, rangka konkrit di sekeliling penutup lurang mengalami kegagalan. Kami kini perlu menyemak semua penutup lurang lain yang akan mengambil sedikit masa,” kata Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) dalam satu kenyataan.

    “Kami akan berbincang dengan pasukan kejuruteraan litar tempatan mengenai tempoh masa yang akan diambil untuk menyelesaikannya dan kami akan memberi kemas kini mengenai sebarang perubahan yang berlaku pada jadual,” tambah kenyataan itu.

    Sesi latihan kedua dijadualkan pada tengah malam waktu tempatan di Vegas dan penganjur terpaksa mengejar masa untuk membuat semakan dan sebarang pembaikan yang diperlukan tepat pada masanya.

    Pelumba Ferrari, Charles Leclerc telah mencatatkan masa pusingan terpantas dengan masa 1:40.909.

    Pasukan Itali berkata mereka sedang memeriksa kerosakan yang disebabkan oleh kereta Sainz tetapi mengatakan bahawa ia ‘kelihatan agak teruk’. – AFP

    Sainz semasa sesi latihan kedua untuk perlumbaan kereta Formula Satu GP Las Vegas, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...