Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan peruncit M’sia

    KUALA LUMPUR, 23 JUN – Pengalaman dalam talian-luar talian yang lancar kini dikenal pasti sebagai satu keperluan asas bagi peruncit dalam landskap peruncitan dan perniagaan yang berkembang pesat.

    Menurut kajian KPMG dan GS1, sebuah organisasi piawaian antarabangsa dengan ahlinya berada di lebih 100 negara, yang meninjau 7,000 responden di 14 pasaran di rantau Asia Pasifik mendapati 49 peratus responden dari Malaysia selesa membeli-belah menerusi dalam talian dan secara fizikal di kedai.

    Dalam kenyataan, KPMG menjelaskan kajian itu mendapati 27 peratus lagi responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.

    Rakan Kongsi dan Ketua Sektor Pengguna dan Runcit di KPMG Malaysia, Ngu Heng Sing berkata pihaknya mendapati tumpuan beli-belah adalah secara tradisional dan digital.

    “Di Malaysia, kami mendapati penumpuan kecenderungan membeli-belah secara tradisional dan digital, terutama dalam kalangan pengguna Gen-Z,” katanya.

    Beliau berkata dalam era yang ditentukan oleh peningkatan sensitiviti harga dan kelancaran digital pengguna, keperluan untuk jenama dan peruncit menerima guna penyepaduan yang lancar, inovasi teknologi dan hubungan diperibadikan tidak boleh diperkecilkan.

    “Apabila menerima semua prinsip ini, mereka boleh memupuk hubungan yang berkekalan dan memberi pengalaman transformatif yang menentukan semula masa depan perniagaan,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam