Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perosak bakar teksi pandu sendiri di California

    WASHINGTON, 12 FEB – Sebuah teksi pandu sendiri telah dirosakkan dan dibakar di jalan-jalan di San Francisco pada hujung minggu lalu, kata wakil syarikat kelmarin.

    Kenderaan autonomi daripada firma teknologi Waymo, yang dimiliki oleh syarikat induk Google Alphabet, menjadi sasaran oleh sekumpulan orang yang nampaknya membawa bunga api dari sambutan Tahun Baharu Cina yang sedang berlangsung.

    Tiada sesiapa di dalam kereta itu dan tiada kecederaan dilaporkan daripada kejadian baru-baru ini, kata Waymo.

    “Orang ramai mengepung dan merosakkan kenderaan itu, memecahkan tingkap dan membaling mercun ke dalam kereta, yang menyebabkan ia terbakar,” kata jurucakap Waymo kepada AFP.

    “Kenderaan itu tidak membawa mana-mana penumpang,” tambah jurucakap itu. “Kami bekerjasama rapat dengan pegawai keselamatan tempatan untuk bertindak balas terhadap situasi itu.”

    Gambar-gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan Jaguar putih berhenti di jalan yang sesak di Chinatown San Francisco, tempat perayaan sedang berlangsung. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...