Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perpisahan Adidas-Ye jejas pendapatan syarikat

    FRANKFURT, 5 MEI — Adidas menyaksikan pendapatan operasi berkurangan dalam tiga bulan pertama tahun ini apabila syarikat pakaian sukan Jerman itu berpisah dengan penyanyi rap yang dahulunya dikenali sebagai Kanye West dan jenama kasut popularnya, Yeezy yang menelan kerugian sebanyak 400 juta euro (AS$441 juta).

    Keuntungan turun kepada 60 juta euro daripada 437 juta euro pada suku yang sama tahun lalu, manakala margin keuntungan menyusut kepada 1.1 peratus.

    Jualan bersih merosot 1 peratus, kepada 5.27 bilion euro, yang sepatutnya meningkat kepada 9 peratus dengan barisan produk Yeezy, kata syarikat itu hari ini.

    Kehilangan jenama Yeezy ‘sudah tentu menyakitkan kami,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Bjorn Gulden dalam satu kenyataan, yang tidak menjelaskan apa yang Adidas akan lakukan dengan kasut Yeezy yang tidak terjual bernilai 1.2 bilion euro selepas syarikat itu memutuskan hubungan dengan penyanyi rap yang kini dikenali sebagai Ye pada bulan Oktober.

    Perpisahan itu, yang mengikuti komen antisemitik Ye di media sosial dan dalam temu bual, akan mengurangkan pendapatan sebanyak 500 juta euro pada tahun akan datang, kata syarikat yang berpangkalan di Herzogenaurach itu. – AP

    Gambar fail bertarikh 25 Oktober 2022 menunjukkan kotak yang mengandungi kasut Yeezy buatan Adidas dilihat di Laced Up, kedai jualan semula kasut, di Paramus, New Jersey. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda