Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Rafi Rosli
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Majlis Perkahwinan Diraja berkemuncak hari ini dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang penuh adat-istiadat tradisi, berseri-seri serta meriah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke majlis istiadat berkenaan.
ramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.
Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani serta kerabat diraja jemputan khas dari Malaysia.
Hadir sama ialah bonda pengantin diraja perempuan, Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.
Istiadat Bersanding Pengantin Diraja didahului dengan keberangkatan tiba kerabat diraja dan ketibaan tetamu khas negara, para pembesar negara serta para jemputan memasuki Balai Singgahsana Indera Buana.
Kemudian, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan diapit oleh YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dengan didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang diikuti oleh Juru Bini Hajah Rokiah dan dua orang Hulubalang, Hulubalang Diraja membawa Pemuras dan Karga, dan Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Dayang-Dayang berjalan di hadapan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan diiringi oleh Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Hajah Siti.
Ini diikuti oleh Perhiasan Yang Teramat Mulia yang dibawa oleh tiga orang Dayang-Dayang, seorang membawa Payung, seorang membawa Kaskol dan seorang membawa Kain Pendukungan (berjalan di belakang Yang Teramat Mulia), isteri-isteri pembesar negara yang dititahkan, seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong diikuti oleh seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai, tujuh orang Pahawai Perempuan yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Dayang-Dayang serta alat-alat kebesaran diraja yang terdiri daripada 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.
Sementara itu, YAM Pengiran Muda Bahar bersama-sama dengan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menuju ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan dituntun oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.
Ia didahului oleh 12 Sinipit diikuti empat Dian Bunga, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Awang-Awang berjalan di hadapan pengantin diraja lelaki dan diiringi oleh dua orang Kanak-Kanak Pahawai Lelaki, seorang membawa Kiap, seorang membawa Pasigupan dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman, diikuti oleh seorang pembawa Payung, seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai serta tujuh orang Pahawai Lelaki yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang serta alat-alat kebesaran diraja yang terdiri daripada enam Pedang dan Perisai, enam Tumbak Bendarangan dan empat Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.
Setiba di pintu Balai Singgahsana Indera Buana, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz menuntun dan membawa pengantin diraja lelaki masuk ke dalam majlis.
Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menapakkan tangan YAM Pengiran Muda Bahar ke atas kepala YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan diiringi tembakan meriam sebanyak 17 das.
Kemudian, selawat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan yang seterusnya membacakan Doa Selamat bagi memberkati istiadat yang penuh sejarah itu.
Kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menitahkan supaya majlis ditutup sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berangkat ke bilik khas diikuti kerabat diraja.