Oleh Daniel Lim
BELAIT, 12 FEB – Kumpulan Wanita dan Belia Persatuan Foochow telah meraikan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan majlis sambutan yang berlangsung di bangunan utama persatuan berkenaan di Kuala Belait, malam tadi.
Selain menyambut TBC, majlis berkenaan juga merupakan peluang bagi ahli-ahli dan keluarga mereka meluangkan masa bersama dengan menyertai pelbagai permainan dan menghargai persembahan-persembahan yang diadakan. Dalam ucapan perasmian, Ketua Kumpulan Belia, Foo Kian Ming menjelaskan bagaimana tiga tahun kebelakangan ini dilanda pandemik global, namun berkat usaha Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan, persatuan dan negara sekali lagi dapat menganjurkan perhimpunan-perhimpunan yang meriah.