Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persatuan Foochow rai TBC

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 FEB – Kumpulan Wanita dan Belia Persatuan Foochow telah meraikan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan majlis sambutan yang berlangsung di bangunan utama persatuan berkenaan di Kuala Belait, malam tadi.

    Selain menyambut TBC, majlis berkenaan juga merupakan peluang bagi ahli-ahli dan keluarga mereka meluangkan masa bersama dengan menyertai pelbagai permainan dan menghargai persembahan-persembahan yang diadakan. Dalam ucapan perasmian, Ketua Kumpulan Belia, Foo Kian Ming menjelaskan bagaimana tiga tahun kebelakangan ini dilanda pandemik global, namun berkat usaha Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan, persatuan dan negara sekali lagi dapat menganjurkan perhimpunan-perhimpunan yang meriah.

    Antara persembahan yang diadakan semasa sambutan TBC, kelmarin.
    Gambar ramai ahli Kumpulan Wanita dan Belia Persatuan Foochow yang meraikan TBC, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...