Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

Persiapan ke arah transformasi pendidikan

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Dengan matlamat untuk membincangkan persediaan transformasi pendidikan dalam melaksanakan visi dan cadangan tindakan bersama sebelum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-77 pada September ini, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh telah menghadiri Transforming Education Pre-Summit secara hibrid di Ibu Pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, hari ini, acara pra-sidang kemuncak itu dihadiri oleh lebih 154 menteri dan timbalan menteri daripada ahli anggota UNESCO, wakil-wakil dari agensi PBB, organisasi pelbagai hala serta pihak pendidikan yang berkepentingan.

Acara bermula dengan perasmian pembukaan menerusi video mesej daripada Setiausaha Agung PBB, Tuan Yang Terutama Antonio Guterres, diikuti dengan ucapan perasmian daripada Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay; dan Presiden Etiopia dan Chair of the International Commission on the Futures of Education, Puan Yang Terutama Sahle-Work Zewde; serta Presiden Sierra Leone dan Co-Chair of the SDG 4 High-Level Steering Committee, Tuan Yang Terutama Julius Maada Bio.

Sebagai sebahagian daripada agenda, acara pra-sidang kemuncak berkenaan turut menyaksikan Ministerial Roundtables di mana menteri-menteri daripada ahli anggota UNESCO menyatakan komitmen dalam transformasi pendidikan dalam tempoh masa sekarang, tahun 2030 dan seterusnya.

Di samping itu, hasil utama acara adalah untuk membentangkan persefahaman bersama mengenai elemen utama transformasi pendidikan bertujuan memaklumkan United Nations Secretary-General’s Summit Summary dan Call to Action semasa berlangsungnya Transforming Education Summit nanti.

Turut mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; dan beberapa pegawai dari pihak kementerian tersebut.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah semasa menghadiri pra-sidang kemuncak secara hibrid di Ibu Pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu di Paris, Perancis, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -