Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapan persaraan anggota tentera

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Dalam usaha untuk mempersiapkan anggota tentera yang sedang menjalani Kursus Pra-Persaraan Mandatori di Kementerian Pertahanan, Bank Baiduri mengadakan ceramah perancangan kewangan khas di Performance Optimisation Centre, Bolkiah Garison pada 25 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, hari ini, ceramah yang bertajuk Money Matters and Lifestyle Goals itu disampaikan oleh Pengurus Pengurusan Harta dan Ban-cassurance, Bank Baiduri, Dayang Siti Aminah binti Haji Abdul Rahman.

    Ceramah menyaksikan kira-kira 50 orang pegawai dari kementerian berkenaan mempelajari bagaimana merancang bagi masa hadapan mereka dan kekal berdikari secara kewangan selepas menamatkan perkhidmatan kepada kementerian serta negara.

    Kenyataan menyatakan bahawa ceramah meliputi topik yang merangkumi apa yang dijangkakan semasa persaraan, bagaimana untuk menguruskan kewangan dalam fasa kehidupan baharu serta juga untuk mendapat pandangan komprehensif mengenai pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan bank berkenaan yang dapat membantu mereka untuk terus berdikari secara kewangan.

    Ceramah perancangan kewangan yang diadakan berkenaan diharap akan membantu untuk melindungi masa depan kewangan para peserta dengan memupuk tabiat kewangan yang lebih baik serta membantu mereka untuk membuat keputusan kewangan yang tepat.

    Ia turut menyatakan bahawa perancang kewangan berlesen daripada bank berkenaan juga hadir untuk menawarkan pemeriksaan kesihatan kewangan dan cadangan berdasarkan kepada aspirasi kewangan seseorang.

    Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong dipetik menyatakan bahawa menerusi usaha pendekatan seumpamanya, bank itu dapat mendekati golongan ramai menerusi platform yang lebih interaktif dan peribadi, untuk mempelajari lebih mengenai matlamat dan aspirasi kewa-ngan masing-masing.

    Anggota tentera yang akan bersara mendengarkan ceramah perancangan kewangan yang disampaikan oleh Dayang Siti Aminah. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda