Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan Perniagaan Kebangsaan 2 Februari ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Kira-kira 300 orang akan mengambil bahagian dalam Persidangan Perniagaan Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung pada 2 Februari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Persidangan akan membincangkan tema Beyond Recovery: Achieving a Sustainable and Digital Future, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

    Dianjurkan oleh Majlis Penasihat Perniagaan (BAC) ASEAN dan APEC Negara Brunei Darussalam dengan kolaborasi Kementerian Kewangan dan Ekonomi, persidangan itu bertujuan untuk meneroka bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama untuk memajukan ekonomi digital yang mampan dan berusaha ke arah mencapai wawasan 2035.

    AMRO, sebuah organisasi pengawasan makroekonomi serantau, menyatakan dalam laporan terbaharunya tentang Brunei, “Kadar vaksinasi yang tinggi telah membolehkan
    langkah-langkah pembendungan dan sekatan sempadan ditarik balik, membawa kepada pembukaan semula ekonomi yang lebih penuh.

    “Harga tenaga global yang lebih tinggi juga telah memberi manfaat kepada Brunei Darussalam, membantu memperbaiki kedudukan luaran dan memulihkan penampan (buffers) fiskal,” jelas laporan itu.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew akan membincangkan mengenai prospek ekonomi Brunei dalam ucaptamanya.
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary akan memfokuskan kepada perjalanan Brunei untuk menjadi sebuah Negara Pintar.
    Bambang Susantono akan membentangkan rancangan pemindahan ibu kota Indonesia ke Borneo.
    Eduardo Pedrosa akan bercakap mengenai laporan State of the Region.
    Femi Owolade-Coombes pula akan mengongsikan mengenai pengekodan dan perjalanan digitalnya.

    Melihat ke hadapan, laporan tersebut menekankan mengenai ketidaktentuan dalam pasaran tenaga global dan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global.

    Persidangan itu akan mendengarkan ucaptama daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah mengenai prospek ekonomi Brunei.

    Ucaptama itu akan diikuti dengan perbincangan panel yang akan memberikan gambaran tentang perkembangan yang memberi kesan kepada ekonomi serantau dan perbincangan mengenai keutamaan ekonomi Brunei untuk 2023.

    Elemen strategik utama pembangunan ekonomi Brunei ialah aspirasi untuk menjadi Negara Pintar.

    Persidangan itu juga akan mendengar ucaptama daripada Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha yang akan memfokuskan kepada perjalanan Brunei untuk menjadi sebuah Negara Pintar.

    Persidangan juga akan mendengarkan ceramah daripada tiga penceramah luar negara.
    Persidangan itu adalah satu inisiatif oleh BAC ASEAN dan APEC Brunei dengan kolaborasi Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan dengan kerjasama Bank Baiduri dan organisasi terkemuka untuk menghubungkan isu global dengan ekonomi Brunei.

    AIA, Darussalam Enterprise (DARe), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS), Penerbangan Diraja Brunei, Radio Televisyen Brunei, Borneo Bulletin dan Media Permata turut menjadi rakan kongsi program tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda