Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persoalan mengupah orang lain dalam perkara ibadat

    Siri Kedua

    MENGUPAH ORANG LAIN UNTUK MENGAJAR AL-QURAN

    Belajar al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain merupakan amalan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta ‘ala. Ini jelas sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits shahih, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

    “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.”
    (Hadits riwayat al-Bukhari)

    Dalam aspek pembelajaran al-Qur’an adalah sah mengupah orang yang mahir dalam ilmu al-Qur’an untuk mengajarkannya.

    Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa beberapa orang sahabat pernah datang berjumpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya kepada Baginda tentang boleh atau tidak seseorang mengambil upah hasil membacakan ayat al-Qur’an. Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan bersabda yang maksudnya:

    “Sesungguhnya upah yang paling berhak kamu ambil ialah (hasil daripada bacaan) kitabullah (al-Qur’an).”
    (Hadits riwayat al-Bukhari)

    Dalam hal meminta khidmat seseorang untuk mengajarkan al-Qur’an dengan dibayar upah, hendaklah ditentukan terlebih dahulu surah atau ayat-ayat al-Qur’an yang mana satu yang hendak diajarkan. Jika tidak, kontrak ijarah dalam hal ini boleh menjadi tidak sah sebagaimana menurut pendapat al-ashah (yang lebih shahih).

    Ataupun kalau tidak ditentukan dengan menentukan ayat atau surah tertentu, boleh juga ditentukan dengan menentukan tempoh masa pengajaran. Sebagai contoh, orang yang minta ajarkan al-Qur’an berkata: “Boleh tuan ajarkan saya membaca al-Qur’an dalam masa sebulan?” Orang yang mengajar berkata: “Ya, boleh.”

    MENGUPAH ORANG LAIN UNTUK MEMBACA AL-QURAN

    Mengupah seseorang untuk membaca al-Qur’an di sisi kubur dengan ditentukan
    tempoh masanya atau ditentukan berapa kadar ayat atau surah al-Qur’an yang diminta untuk dia membacanya hukumnya adalah harus. Ini kerana adanya manfaat dengan turunnya rahmat apabila dibacakan al-Qur’an, dan manfaat bacaan itu akan kembali kepada orang yang di dalam kubur. Dalam hal ini, tidak kira sama ada selepas bacaan al-Qur’an itu dibacakan doa untuk orang yang di dalam kubur ataupun tidak dan sama ada dihadiahkan pahala bacaan itu kepada orang yang di dalam kubur ataupun tidak.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...