Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pertandingan BJJ tarik perhatian atlet seluruh negara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – The Refinery, sebuah akademi Brazilian Jiu Jitsu (BJJ) di Kuala Belait, telah menjadi tuan rumah kepada pertandingan Oil Town Throwdown BJJ, Ahad lalu.

    Acara tersebut telah menghimpunkan peminat BJJ dari seluruh negara, yang diwakili oleh atlet-atlet dari The Refinery, Khalifa MMA, Wolfpack, Jits Irmao, Ronin 5.0.5, dan Warmonger Training Academy dari Miri.

    BJJ kini semakin popular di peringkat global, menyaksikan peningkatan bilangan pengamal baharu di Brunei. Oil Town Throwdown merupakan pertandingan BJJ tempatan yang keempat, memberikan peluang kepada ramai atlet tempatan untuk bersaing.

    Selain itu, acara itu turut memupuk semangat komuniti dalam kalangan pengamal BJJ di negara ini.

    Pertandingan berkenaan menyaksikan penyertaan lebih daripada 20 peserta lelaki dari White Belt hingga Blue Belt dalam kategori Gi, dan dua peserta wanita dalam kategori White Belt.

    Antara aksi semasa pertandingan. – GAMBAR SERAHAN THE REFINERY
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...