Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    19 pasukan berentap dalam Kejohanan Badminton

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 24 NOV – Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Daerah Tutong dan Kelab Badminton Sekolah Chung Hwa Kiudang Tutong sedang mengadakan acara Kejohanan Badminton antara Kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-30 tahun 2023.

    Sebanyak 19 pasukan berentap dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Dewan Sekolah Chung Hwa, Kiudang Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan pembukaan rasmi kejohanan berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (Kesukanan), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Kejohanan mempertandingkan lima kategori iaitu Perseorangan Lelaki; Beregu Lelaki A (Kategori B2 dan ke atas); Beregu Lelaki B (Kategori Bahagian III dan ke bawah); Beregu Wanita A (Kategori Bahagian III dan ke atas); dan Beregu Wanita B (Kategori Bahagian IV dan ke bawah).

    Perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir kejohanan berkenaan akan diadakan pada 26 November.

    Pengiran Mohammad Amirrizal semasa menghadiri kejohanan tersebut di Dewan Sekolah Chung Hwa, Kiudang Tutong.
    – GAMBAR SERAHAN JABATAN-JABATAN DAERAH TUTONG
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...