Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan semula bekas penuntut Maktab Anthony Abell

    TUTONG, 2 DIS – Nostalgia zaman persekolahan kembali mengimbau pada majlis pertemuan semula bekas penuntut Maktab Anthony Abell (AAC), Seria bagi tahun 1957 dan sebelumnya yang berlangsung di Hotel Lanes, Petani, Pekan Tutong baru-baru ini.

    Seramai 30 alumni bersama isteri masing-masing hadir pada majlis perjumpaan tersebut yang merupakan program rutin dikelolakan oleh bekas-bekas penuntut semenjak tahun 2014 lagi.

    Pertemuan semula itu bukan sahaja dihasratkan mengimbas semula kenangan zaman persekolahan malahan turut mengeratkan lagi persahabatan dan kemesraan antara bekas-bekas penuntut ini.

    Setakat ini sebanyak 22 kali pertemuan semula telah diadakan termasuk lawatan ke Kota Kinabalu dan Kuching pada tahun 2017 dan 2019. Menurut kenyataan daripada pengelola pertemuan semula ini, pada masa akan datang ia merancang mengadakan majlis pertemuan semula yang lebih besar melalui penyertaan bekas penuntut AAC sebagai tanda solidariti dan penyatuan institusi yang banyak melahirkan penuntut berilmu dan cendekiawan yang berjaya.

    Gambar ramai bekas penuntut AAC pada majlis pertemuan di Tutong baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda