Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pertemuan semula eratkan silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 50 orang guru Alumni Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan (MPUSB) tahun 1982-1985 termasuk mantan pensyarah MPUSB, baru-baru ini mengadakan majlis Perjumpaan kali ketiga yang berlangsung di salah sebuah restoran di Kampung Kiulap.

    Majlis perjumpaan tersebut adalah bagi meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 dan diselajurkan bacaan Tahlil Arwah yang ditujukan kepada semua guru-guru dan khususnya kepada mantan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar di maktab berkenaan yang telah kembali ke rahmatullah.

    Antara mantan pensyarah yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Aminah binti Haji Yassin, Datin Paduka Dr Hajah Masnon binti Haji Ibrahim dan Haji Abdul Rani bin Ahmad.

    Majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara mantan pensyarah dan juga guru-guru dan memperingati dan mengenang jasa mantan pensyarah.

    Selain itu, untuk mengetahui perkhabaran sekarang setelah sekian lama tidak berjumpa.

    Bacaan tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Haji Nuin bin Haji Hassan manakala bacaan Doa Kesyukuran dan Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Haji Adam bin Haji Tengah.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu MPUSB daripada Alumni MPUSB 1982-1985 selain persembahan sajak khas Hari Guru oleh Hajah Siti Rajiah binti Haji Saat.

    Pengerusi majlis, Haji Rusli bin Haji Mohd Salleh menyampaikan cenderahati kepada mantan pensyarah MPUSB.
    Alumni dan mantan pensyarah MPUSB bergambar ramai pada majlis tersebut, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...