Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertunjukan bot laju hidupkan suasana Pekan Tutong

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Awang Abdul Aziz

    TUTONG, 29 DIS – Dalam usaha menghidupkan suasana Pekan Tutong di hujung minggu sebagai tarikan orang ramai di negara ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penabai, Kuala Tutong telah mengadakan acara Pertunjukan Bot Laju yang berlangsung di Sungai Tutong, baru-baru ini.

    Acara berkenaan merupakan salah satu pengisian Tutong Buzz yang telah bermula sekitar awal Disember lalu dan ia merupakan bazar hujung minggu dengan menampilkan pelbagai acara dan aktiviti sampingan berkonsepkan riadah, sukan dan pelancongan.

    Menurut Ketua Kampung Penabai, Kuala Tutong, Awang Mohammad Sofiuddin bin Mohammad Seruddin, pada tahun ini MPK Penabai, Kuala Tutong hanya menampilkan Pertunjukan Bot Laju sahaja yang bukan hanya semata-mata untuk memeriahkan suasana Tutong Buzz namun juga dihasratkan bagi memperkenalkan bot laju dari kumpulan Kampung Penabai sendiri kepada orang ramai.

    “Biarlah dengan aktiviti sebegini, kita dapat sama-sama memperkenalkan lagi kepada generasi muda di negara ini mengenai bot-bot laju, sekali gus menarik minat mereka untuk menceburi bidang sukan ini.

    “Pastinya saya turut menaruh harapan untuk melihat lebih ramai peminat bot laju ini dan terus mengembangkannya lagi bukan sahaja dalam negara bahkan juga di luar negara,” ujarnya.

    Turut hadir bagi menyaksikan pertunjukan berkenaan ialah Pemangku Penghulu Pekan Tutong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai dan Pemangku Ketua Kampung Petani, Awang Zambri bin Haji Ibrahim.

    Antara yang hadir memeriahkan acara tersebut.
    Pertunjukan bot laju yang diadakan di Sungai Tutong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda