SYDNEY, 24 DIS – Pertunjukan bunga api Tahun Baru Sydney, salah satu sambutan paling hebat di dunia untuk perubahan kalendar, akan diteruskan selepas tercapainya perjanjian saat akhir antara pekerja kereta api dan kerajaan, hari ini.
Sehingga 250,000 orang dijangka membanjiri Sydney untuk menyaksikan acara tersebut dan memerlukan pengangkutan untuk pulang selepas acara itu.
Pekerja kereta api sebelum ini mengancam untuk mengambil tindakan industri berhubung pertikaian gaji yang berlarutan, menyebabkan kerajaan mempertimbangkan kemungkinan membatalkan pertunjukan bunga api, dengan alasan kebimbangan tentang keselamatan penumpang untuk pulang.
Namun, kes yang dijadualkan untuk didengar oleh Suruhanjaya Kerja Adil negara Austaralia, hari ini telah ditarik balik sejam selepas perbicaraan bermula.
Setiausaha negeri Kesatuan Rel, Tram dan Bas, Toby Warnes, memberitahu media tempatan bahawa tindakan kesatuan itu tidak pernah bertujuan untuk menyebabkan gangguan besar pada Malam Tahun Baru.
Rundingan gaji antara kerajaan dan pekerja rel akan disambung semula dalam beberapa minggu akan datang. – AFP