Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Peruntukan RM2.41 juta bangunkan usahawan, industri luar bandar Sabah

    PUTATAN, 23 JUN – Sabah telah memperuntuk RM2.41 juta bagi melaksanakan program Satu Daerah Satu Produk dalam usaha membangunkan usahawan dan industri di kawasan luar bandar di negeri ini.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menggalakkan usahawan luar bandar mengusahakan produk tempatan seperti pembuatan gong, gubahan bunga, manik dan produk makanan berasaskan bahan tempatan.

    Beliau berkata usaha ini memperlihat komitmen kerajaan negeri yang terus menyokong dan memperkasa sektor keusahawanan melalui pelbagai inisiatif serta program pembangunan di Negeri Di Bawah Bayu termasuk pemberian geran, latihan, bimbingan serta akses kepada pasaran dan pembiayaan.

    “Saya berharap usahawan di luar bandar tidak melepaskan peluang ini untuk meningkatkan sumber ekonomi masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan MADANI Peringkat Daerah Putatan di Dataran Pomoi hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmy Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.

    Hajiji juga berkata kerajaan negeri telah mewujudkan Pusat Produk Industri Kecil Sederhana (IKS) atau IKS Mart di Beaufort, Tuaran, Kota Marudu, Ranau serta di Oceanus Mall Kota Kinabalu dan sedang membangunkan pusat sama di Sandakan, Keningau, Kalabakan serta Luyang.

    “Inisiatif ini adalah bagi membantu membangunkan sektor IKS dengan menyediakan ruang kepada usahawan tempatan untuk mengumpul, mempromosi dan menjual produk tempatan dari seluruh daerah,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam