Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada Persekutuan Rusia, Republik Filipina

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Persekutuan Rusia dan Republik Filipina.

    Sempena Hari Rusia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia.

    Sementara itu, Baginda Sultan juga berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr dan kerajaan serta rakyat Republik Filipina bersempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Filipina yang ke-126.

    GAMBAR FAIL SERAHAN JPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda