Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada Republik Korea dan Jerman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yoon Suk-yeol, kerajaan dan rakyat Republik Korea bersempena dengan National Foundation Day negara tersebut.

    Dalam perutusan berasingan, Baginda Sultan turut berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Federal Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan Canselor Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Olaf Scholz serta rakyat Republik Persekutuan Jerman sempena Day of German Unity.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda