BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yoon Suk-yeol, kerajaan dan rakyatnya berikutan insiden yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan di Itaewon, Seoul baru-baru ini.
