BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan dan rakyat Republik Turkiye berikutan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di wilayah Gaziantep, Republik Turkiye baru-baru ini.
