Friday, July 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Perwakilan PGGMB bersidang bagi kali ke-74

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Semua ahli Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) diseru untuk bekerjasama dalam menjayakan segala perancangan dan aktiviti yang berdaya saing bagi memperkasakan peranan PGGMB.

    Seruan itu dibuat oleh Yang Dipertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Agung Perwakilan PGGMB ke-74 yang berlangsung di Dewan Sekolah PGGMB, Sungai Akar, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian mesyuarat ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis berkenaan dihadiri oleh kira-kira 350 orang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan tadbir PGGMB, jemputan khas, ahli-ahli perwakilan mesyuarat, guru-guru besar, para guru, ibu bapa dan murid-murid.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Ahli Tertua PGGMB 2024 sempena memperingati ulang tahun penubuhan PGGMB ke-85 di mana penghormatan diberikan kepada dua orang ahli veteran yang masih menganggotai PGGMB sehingga sekarang.

    Awang Aliuddin menyampaikan Anugerah Ahli Tertua PGGMB 2024 kepada Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd Taha. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Awang Aliuddin menyampaikan Anugerah Ahli Tertua PGGMB 2024 kepada Cikgu Haji Tengah. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Awang Aliuddin menyampaikan Sijil dan Hadiah Pelajar Cemerlang kepada pelajar-pelajar yang diraikan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Penerima berkenaan ialah Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd Taha bin Abdul Rauf yang berusia 91 tahun dan menjadi ahli sejak 1967 dan Haji Tengah bin Aman yang berusia 92 tahun dan menjadi ahli PGGMB sejak 1967.

    Anugerah disampaikan oleh Awang Aliuddin yang turut menyampaikan sijil dan hadiah pelajar cemerlang kepada seramai 16 orang pelajar daripada sekolah-sekolah PGGMB yang memperoleh 5A dalam Peperiksaan PSR 2023.

    Mesyuarat agung perwakilan diadakan setiap tahun yang disertai oleh ahli-ahli perwakilan yang mewakili enam cawangan PGGMB daripada setiap daerah.

    Sesi mesyuarat membentangkan laporan-laporan dan kegiatan yang dilaksanakan sepanjang tahun dengan sesi soal jawab dibukakan kepada ahli-ahli perwakilan.

    Mesyuarat juga mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Sesi Pentadbiran 2022-2023.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...