Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pesara guru diperdaya ejen kurier

    SEREMBAN, 7 DIS – Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.

    Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku pada 15 November lepas apabila mangsa wanita berusia 56 tahun menerima panggilan daripada individu menyatakan ada bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas namanya.

    “Mangsa berasa lebih takut apabila diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa sekiranya tidak mengikuti arahan individu berkenaan.

    “Dia seterusnya mengikuti segala arahan individu itu dengan menekan pautan yang diberikan dan turut berkongsi maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Frepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...