Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BIBD sertai Ekspo Mobiliti Pintar

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Dalam usaha menyokong pembangunan sistem pengangkutan pintar dan mampan di negara ini, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan menyertai Ekspo Mobiliti Pintar ‘23 bermula 8 hingga 10 Disember ini di Dewan Bridex, Jerudong.

    Acara berkenaan juga bersempena dengan Festival Disember Brunei, yang berlangsung selama sebulan bertujuan mempromosikan pelancongan domestik semasa tempoh cuti sekolah.

    Petak pameran BIBD telah didirikan di acara tersebut untuk memudahkan pelanggan mengakses rangkaian penyelesaian pembiayaan dan nikmati tawaran dan promosi eksklusif, di samping menawarkan penyelesaian perbankan digital inovatif melalui BIBD NEXGEN.

    Semasa jerayawara itu, pelanggan yang memohon pembiayaan peribadi dan kemudahan kad kredit baharu akan layak menyertai aktiviti Apply & Win yang menawarkan peluang untuk memenangi pakej umrah, pembakar roti SMEG, baucar beli-belah Supasave dan bagasi Samsonite.

    Selain itu, pemohon yang berjaya juga akan dapat menikmati pengecualian yuran tahunan ke atas kad kredit baharu.

    Penyertaan BIBD di ekspo itu menunjukkan komitmen bank yang bukan sahaja mempromosikan transaksi tanpa tunai dalam kalangan orang ramai tetapi turut menyokong usaha pihak berkepentingan dalam membangunkan sistem dan teknologi pengangkutan yang inovatif dan mampan di Brunei.

    BIBD akan menyertai Ekspo Mobiliti Pintar di Dewan Bridex, Jerudong. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...