Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat C919 China mulakan penerbangan komersial

    SHANGHAI, 28 MEI – Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, hari ini memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing, lapor Xinhua.

    Penerbangan MU9191 yang dikendalikan oleh China Eastern Airlines itu berlepas pada 10:32 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao dengan 128 penumpang.

    Ia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital.

    C919 ialah pesawat pertama yang dibangunkan di China mengikut piawaian kelayakan udara antarabangsa, dan dilindungi di bawah harta intelek bebas.

    Projek C919 telah dilancarkan pada 2007 dan dibangunkan oleh Commercial Aircraft Corporation of China, Ltd. – Bernama

    Gambar yang dikeluarkan oleh Xinhua menunjukkan papan tanda bertulis ‘Penerbangan sulung C919 pertama’ dilihat di hadapan pesawat penumpang buatan China yang disediakan untuk penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda