Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jet C919 mulakan penerbangan pertama

    HONG KONG, 5 DIS – Jet penumpang besar yang pertama dikeluarkan dalam negara China akan melakukan penerbangan melintasi Pelabuhan Victoria Hong Kong minggu depan sebagai sebahagian daripada pameran pertama pesawat itu di luar negara.

    C919 membuat penerbangan komersial sulungnya pada bulan Mei dan merupakan impian Beijing selama berdekad-dekad untuk bersaing dengan pesaing Barat di udara dan mengurangkan pergantungan China pada teknologi asing.

    Jet itu, yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) milik negara, juga akan dipamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dari 12 hingga 17 Disember, Ketua Bandar, John Lee, mengumumkan hari ini.

    “Pada 16 Disember, C919 akan melakukan penerbangan di atas Pelabuhan Victoria. Orang ramai boleh bersama-sama menyaksikan kali pertama C919 terbang di atas Hong Kong,” kata Lee dalam pertemuan mingguannya dengan wartawan.

    Beijing ‘memilih Hong Kong untuk menjadi bandar pertama untuk C919 melawat di luar negara’, tambahnya.

    Jet ARJ21 COMAC yang lebih kecil dan lebih tua juga akan dipamerkan di Hong Kong dalam tempoh enam hari.

    China telah banyak melabur dalam pengeluaran pesawat Jet C919 tempatan kerana ia berusaha untuk berdikari dalam teknologi utama. – AFP

    China jet itu akan melakukan penerbangan pertama melalui Pelabuhan Victoria Hong Kong pada 16 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...