Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat C919 mula penerbangan ujian

    BEIJING, 26 DIS – Pesawat penumpang C919 pertama buatan China memulakan penerbangan ujian pengesahan selama 100 jam hari ini.

    Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim bunga tahun depan selepas selesai menjalani semua ujian.

    Pengoperasian pesawat C919 diyakini akan menamatkan monopoli syarikat Boeing dan Airbus terhadap pasaran pesawat penumpang.

    Ketua pereka pesawat itu Wu Guanghui berkata bilangan pesawat China dan dunia dianggarkan masing-masing meningkat kira-kira sekali ganda dalam tempoh dua dekad akan datang.

    “Dalam konteks ini, ia dapat menampung pasaran ketiga dan keempat kami.

    Pesawat C919 berlepas dari Lapangan Terbang Hongqiao Shanghai, timur China pada 26 Disember. – Xinhua

    “Pasaran adalah bersifat kerjasama sama menang, jadi pelanggan juga perlu ditawarkan lebih banyak pilihan,” kata beliau.

    C919 buat julung kalinya diperkenalkan di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China edisi ke-14 pada 8 November.

    Pada pameran itu sahaja Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) telah meraih tempahan sebanyak 300 buah.

    Setakat 12 Disember, sebanyak 1,176 tempahan diterima daripada 28 pelanggan di dalam dan luar negeri.

    Sebagai simbol pembuatan kelas tinggi, rantaian perindustrian pesawat bersaiz besar itu melibatkan hampir 300,000 orang petugas dan kakitangan dari lebih 1,000 perusahaan domestik, institusi pengajian tinggi dan akademi sains.

    Proses penyelidikan dan pembangunan pesawat C919 turut menyaksikan kemajuan signifikan membabitkan 163 teknologi penting. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda